![]() |
| Skil yang diperlukan oleh Data Sainstis |
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Yasmin Mahmood berkata buat masa ini kita hanya mempunyai 80 orang saintis data.
"Pekerjaan dalam bidang analisis mampu memberi manfaat yang besar kepada negara dan masyarakat". Kita perlu bekerja keras bagi menambah jumlah bakat dalam bidang tersebut.
"Walaupun ia bukan mudah, kita mempunyai inisiatif seperti melakukan kerjasama dengan universiti tempatan dan mereka memberi komitmen yang tinggi," katanya selepas Majlis Pelancaran Rangkaian Inovasi BDA di Cyberjaya, semalam.
Pada majlis yang sama MDeC turut menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Fusionex International dan Teradata Corporation Malaysia Sdn Bhd bagi membina Pusat Inovasi Kecemerlangan(COE).
MoU ketiga pula melibatkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(Mampu) dan Mimos Berhad bagi menubuhkan Makmal Digital Kerajaan BDA.
Yasmin juga berkata negara bakal berhadapan persaingan dari negara jiran di mana mereka
turut membina dan menjana bakat dalam bidang BDA.
"Tetapi apabila kita terlibat di dalam Komuniti Ekonomi Asean (AEC), kita boleh memanfaatkan peluang tersebut antara satu sama lain dengan negara Asean.
"AEC juga dilihat akan memberi manfaat kepada industri analisis data di antara negara negara Asean dan kami sedang berusaha untuk menjadikan perkongsian teknologi dalam AEC dapat dilaksanakan" katanya.
Artikel oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID - Sinar Harian Jan 2015
#datasaintis untuk #analisisdatabesar #bda dipacu oleh #mdec

No comments:
Post a Comment