Ingin cara mudah belajar R secara interaksi untuk menjadi #datasaintis ? Anda boleh belajar R melalui swirl - Learn R in R.
Cuma latihan ini dalam bahasa inggeris lah. Tak pe cuba dulu, kalau rasa berat nak faham, keluar je lah - lagipun swirl ni free je.
Bagaimana nak mula? Pergi ke SINI dan ikuti langkah disitu.
Jika awak dah install perisian R/Rstudio, boleh terus KESINI saja untuk bermula.
Install swirl melalui Rstudio >> Pilih Tools, Install Packages..., packages: swirl. ( pilih Install dependencies juga)
dah siap install pakej swirl, install kursusnya pula:
library(swirl)
install_from_swirl("Nama kursus")
swirl()
Nama kursus:
install_from_swirl("R Programming")
install_from_swirl("Getting and Cleaning Data")
lain-lain nama kursus ada kat page github dia ni.
Contoh awak nampak kursus ni, Exploratory_Data_Analysis, jadi kod install dia ialah
install_from_swirl("Exploratory Data Analysis")
Mudah je, tapi awasi huruf besar kecil, dll kerana R ni dia sangat karektor sensitif.
Selamat mencuba bakal #datasaintismalaysia - swirl ni kira fun jugak...try la.

No comments:
Post a Comment